SEKOLAH BESTARI


Ini adalah E-Bulletin Kelab Komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. :)
We will update this e-bulletin as often as possible
so no one will be bored when viewing this blog!! Meanwhile, please respond to our updated entries by commenting them. Your kindness is appreciated by us.

So stay tuned ya!! -AJK blog
Free Hit Counters views

Tuesday, June 5

LAPORAN AKTIVITI PERTENGAHAN TAHUN 2012


Tarikh
Aktiviti
Catatan
07/01/2012
Perjumpaan dan laporan aktiviti tahun lepas

14/01/2012
Perjumpaan & Taklimat perancangan kelab


Talimat Keselamatan Komputer

22/02/2012
Pertandingan “Angry Bird”

25/02/2012
Taklimat Etika Penggunaan Internet


Tontonan Filem Pendek FFPNS

04/04/2012
Pertandingan Multimedia
Anjuran Bersama dengan Panitia ICT
12/04/2012
Kuiz Online “Computer Genius”

13/04/2012
Kursus Dalaman Digital Story Telling
Anjuran Bersama dengan Kelab Bestari
14/04/2012
Bengkel Digital Story Telling 2

18/04/2012
Bengkel Animasi MS PowerPoint

19/04/2012
Lawatan Sambil Berkursus ke ILPKK
Anjuran Bersama dengan Panitia ICT & Kelab Bestari
12/05/2012
Kem Bina Urus Komputer
Anjuran Bersama dengan UMS (PKPP) & Kelab Bestari

Thursday, May 17


 Pemenang Pertandingan Kuiz Online "Computer Genius"
Pemenang Pertandingan Multimedia
Pemenang besar jatuh kepada Mardiana Matthews dari 5 Alamanda yang telah menyapu bersih kedua-dua pertandingan yang disertai iaitu Kuiz online "Computer Genius" dan multimedia. Tahniah!

Sunday, May 13











12 Mei 2012 (Selasa) - Prorgram Kem Bina urus Komputer, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Makmal komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun akhir UMS. Program ini di ketuai oleh Cik Nurul Jannah Bt. Zulkafli selaku pengarah program dengan dibantu oleh pelajar-pelajar UMS. 
Objektif program:
1.  untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan harian.
2.  untuk memanfaatkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta kursus.
3.  untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas komputer kepada para peserta.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Thomas George, pensyarah Bina Urus Komputer UMS. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak UMS khasnya Pusat Kokurikulum & Pemajuan Pelajar kerana memilih SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk melaksanakan program ini.

Tuesday, April 17

Perjumpaan 8/2012



18 April 2012 (Selasa) - Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan kali ini ialah tentang penggunaan perisisan MS PowerPoint untuk kegunaan persembahan individu / kumpulan. Ahli-ahli didedahkan dengan cara mengedit slide, merekabentuk design / background, memasukkan elemen-elemen teks, audio, video, grafik dan animasi. Ahli-ahli kelab juga didedahkan cara untuk membuat hyperlink.
Di penghujung sesi perjumpaan, semua ahli dihiburkan dengan persembahan MS PowerPoint tentang hasil yang dibentangkan tadi.

Monday, April 16

Perjumpaan 7/2012




14 April 2012 (Sabtu) - Perjumpaan kali ini telah memberi pendedahan kepada semua ahli tentang beberapa teknik berkesan dalam penggambaran video. Selain daripada ini, semua ahli juga berpeluang belajar tentang persediaan sebelum menggunakan perisian mengedit video seperti membuat konfigurasi yang bersesuaian terhadap paparan skrin serta penyediaan skrip untuk menghasilkan filem pendek yang menarik dan berkualiti. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli untuk meningkatkan kemahiran ICT.

Wednesday, April 11

KUIZ ONLINE "COMPUTER GENIUS"


Sempena Bulan Vortek, Panitia ICT, Kelab Komputer dan Kelab Bestari akan menganjurkan Kuiz Atas Talian "Computer Genius" untuk pelajar-pelajar ICT Tingkatan 4 dan 5. Jumlah soalan yang disediakan ialah 40 dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa 30 minit. Pelajar boleh daftar masuk menggunakan nama dan kata laluan yang diberikan. Sila baca arahan dengan teliti sebelum menjawab. Selamat mencuba

Thursday, April 5

Bengkel Digital Story Telling



Pada 2 dan 3 April, PKG Kota Kinabalu telah mengadakan Bengkel Digital Story Telling di PKG Kota Kinabalu. Sebanyak 11 buah sekolah telah menyertainya. Dalam masa dua hari, para peserta telah didedahkan teknik-teknik untuk menghasilkan filem pendek. Penceramah yang dijemput khas ialah En. Chua Guan Chee dari BTPN Sabah.
Pihak sekolah telah menghantar adik Felix Liuhan dan Debra Dona Joannes menghadirinya dan diiringi oleh Cikgu Seng dan Cikgu Patriecia.

Wednesday, March 28

Perjumpaan 6/2012





Perjumpaan kali ini sekali lagi memberi peluang kepada semua ahli sama-sama menyaksikan 2 filem pendek yang memenangi hadiah dalam pertandingan FDPNS 2011. Sebelum itu, guru penasihat cikgu Seng memaklumkan kepada semua ahli agar sentiasa mengikuti perkembangan melalui blog Kelab Komputer untuk mengetahui berita semasa berkaitan aktiviti kelab.
Dipenghujung perjumpaan, semua ahli diingatkan bahawa terdapat banyak aktiviti menarik berkaitan ICT sempena Bulan Vortek pada bulan April seperti Kuiz ICT online, Multimedia, Power Slide, King of Typist dan Virtual game. Semua ahli diminta mengaktifkan diri untuk menyertainya.

Sunday, February 26

Perjumpaan 5/2012

25 Feb.2012 (Sabtu) - Perjumpaan kali ini telah diadakan di kelas 5H kerana Makmal Komputer menjalankan kerja-kerja semburan racun anai-anai. kehadiran ahli kelab tidak memuaskan. Aktiviti kali ini ialah taklimat tentang peraturan penggunaan Makmal Komputer, Pusat Akses dan penggunaan Internet. Pelajar dinasihatkan menggunakan kemudahan yang sedia ada ini dengan sebaik mungkin. Jangan menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada ini. Sentiasa patuhi peraturan sekolah ...

Perjumpaan 4/2012









22 Feb. 2012 (Rabu) - Pertandingan "Angry Bird" antara kalangan ahli kelab telah diadakan di Makmal Komputer. Objektif pertandingan ialah untuk menilai kecekapan pelajar menggunakan tetikus dan keyboard dengan cekap. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Kumpulan yang memperolehi markah yang paling tinggi selepas 4 pusingan dinorbatkan sebagai juara. Akhirnya, kumpulan Fazreen telah muncul sebagai juara. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan jangan putus asa bagi kumpulan yang tidak berjaya. Cuba lagi di masa-masa akan datang.

Saturday, February 11

Perjumpaan 3/2012





Tajuk "keselamatan komputer" menjadi tajuk utama perjumpaan kali ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh ketua guru penasihat kelab komputer. Ahli-ahli diingatkan supaya menggunakan khidmat internet dengan tujuan yang memberi manfaat terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Turut menjadi bahan utama ialah tentang etika dan perundangan komputer yang boleh dijadikan panduan supaya tidak melakukan penyalahgunaan komputer. Begitu juga kebebasan bersuara bagi mereka yang sering melayari laman facebook. Hati-hati sebelum menyebarkan sesuatu maklumat di facebook anda.

Monday, January 16

Perjumpaan 2/2012







Perjumpaan kali ini (14/01/2012) memberi tumpuan kepada persediaan untuk menghasilkan filem-filem pendek yang baik. Dengan ini, pihak AJK akan berusaha merancang strategi dan aktiviti agar penyertaan kali ini lebih ramai dan aktif. Bengkel-bengkel akan diadakan lebih kerap supaya semua ahli terlibat sama ada sebagai pelakon, juru gambar atau tugas-tugas lain.
Perkhidmatan internet broadband juga dibincangkan. Buat sementara waktu ini, perkhidmatan internet di Makmal Komputer sudah ditamatkan dan tindakan sedang diambil untuk menyambung semula perkhidmatan sedia ada atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Selain daripada ini, syarikat SEDCO juga akan menyediakan perkhidmatan WiFi di sekitar kawasan sekolah dalam masa terdekat dengan kerjasama SKMM. Dengan adanya usaha ini, adalah diharapkan semua warga sekolah dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan tujuan yang baik di samping terus membudayakan pembestarian di sekolah.

Perjumpaan 1/2012





Perjumpaan pertama telah diadakan pada 07/01/2012. Selamat kembali dan berjumpa balik semua ahli Klab Komputer. Dalam perjumpaan kali ini, beberapa perkara telah disentuh antaranya ialah ringkasan aktiviti sepanjang tahun 2012, baju kelab dsb.
Semoga semua ahli akan memberi sokongan dan kerjasama untuk memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan jaya.