SEKOLAH BESTARI


Ini adalah E-Bulletin Kelab Komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. :)
We will update this e-bulletin as often as possible
so no one will be bored when viewing this blog!! Meanwhile, please respond to our updated entries by commenting them. Your kindness is appreciated by us.

So stay tuned ya!! -AJK blog
Free Hit Counters views

Monday, November 17

SMK Menggatal Tempah Sejarah

Penyertaan Jepun dalam program penanaman pokok membuka ruang kepada peserta tempatan menyuntik diri mengetahui cara proses penanaman era global
Program penanaman pokok sekitar kawasan sekolah pada 10 Ogos 2000 dianggap sebagai satu aktiviti membangun sekali gus menerapkan sifat-sifat kecintaan terhadap kebersihan alam sekitar.
Sempena dengan ini, seramai 500 peserta termasuk 16 sukarelawan Jepun, ibubapa dan pelajar mengambil bahagian bagi menjayakan projek yang pertama kali diadakan oleh pihak sekolah menengah di Sabah.
Program anjuran PIBG SMK Menggatal itu dilancarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan, Encik Ahmad Staun.
Berucap dalam majlis itu, Beliau memuji komitmen PIBG kerana berjaya mengadakan program itu yang pada pendapatnya dapat mengeratkan kerjasama warga sekolah dan anggota NGO.
Sementara itu, Penyelaras Oica International Malaysia, Encik Ryoichi Miyochi, berkata pihaknya memberi kerjasama kepada sekolah itu menjaga pertumbuhan pokok itu sehingga tahun 2004.

1 comment: