SEKOLAH BESTARI


Ini adalah E-Bulletin Kelab Komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. :)
We will update this e-bulletin as often as possible
so no one will be bored when viewing this blog!! Meanwhile, please respond to our updated entries by commenting them. Your kindness is appreciated by us.

So stay tuned ya!! -AJK blog
Free Hit Counters views

Tuesday, October 12

Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah (FFDPNS)










Sesiapa yang berminat untuk menyartai pertandingan ini sila hubungi unit ICT ... berikut adalah syarat pertandingan untuk perhatian semua pelajar yang berminat ...


SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL FILEM DIGITAL PENDIDIKAN NEGERI SABAH KALI KE-2 TAHUN 2010

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja.
2. Tema pertandingan adalah berunsurkan pendidikan.
3. Setiap sekolah layak menghantar 2 penyertaan sahaja.
4. Setiap kumpulan hanya terdiri daripada 4 orang murid sahaja.
5. Bahan terbitan tidak mengandungi unsur-unsur negatif dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, sama ada yang masih hidup atau sudah mati.
6. Durasi bagi satu hasilan Digital Story Telling adalah tidak lebih 8 minit.
7. Sila hantar hasilan dalam bentuk Mpeg sahaja.
8. Dilarang menciplak mana-mana bahan terbitan. Sebarang bentuk (muzik, gambar, animasi dll) yang diselitkan hendaklah dinyatakan sumbernya.
9. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 10 November 2010.
10. Sila hantar borang penyertaan kepada:

Urus Setia Festival Filem Digital Pendidikan 2010,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah,
Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama
89500 Penampang
(U/P. En. Jackson Bin Sigo @ Siga)

11. Sila masukkan logo festival filem yang boleh dimuat turun di http://www.btpnsabah.edu.my/, Logo Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Unit Kemajuan IT Negeri Sabah dan Multimedia Development Corporation. Semua logo ini haruslah diletakkan di bahagian penghargaan filem.
12. Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.

Sila download logo-logo seperti di atas dan sertakan dalam video anda di bhg penghargaan:

No comments: